Kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat

KEBAKARAN yang memusnahkan kira-kira 250 rumah di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

250 rumah hangus, lebih 1,000 hilang tempat tinggal

KUDAT: Jumlah mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, dekat ini pagi tadi meningkat kepada lebih 1,000 orang yang tinggal di 250 rumah yang hangus.

K
ebakaran kira-kira jam 4.50 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin, selain kedudukan rumah yang rapat serta diperbuat daripada papan.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata sepasukan anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.01 pagi.

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, hingga kini usaha memadam kebakaran masih berterusan. – BH Online

TAKZIAH BUAT MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG LANDUNG AYANG, KUDAT SABAH

SOS mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat Sabah, semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian yang melanda. Kebakaran dianggarkan berlaku sekitar jam 5 pagi ini telah melibatkan 250 buah rumah dan 1000 orang kehilangan tempat tinggal. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Hulurkanlah sedikit sumbangan bagi membantu meringankan sedikit beban mereka.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.