Mesin ATM dibom perompak di Membakut

Mesin ATM diletupkan perompak di Membakut. Keadaan mesin ATM sebuah bank yang diletupkan perompak di Membakut, Sabah pada awal pagi tadi.
Mesin ATM Bank Simpanan National (BSN) Membakut dibom kira-kira jam 1 pagi tadi.

MEMBAKUT: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Membakut di sini, diletupkan perompak, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu pejabat bank berkenaan kira-kira jam 2 pagi yang memaklumkan kejadian itu.

"Sebaik menerima panggilan, kami menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan mendapati sebuah mesin ATM musnah akibat diletupkan.

 "Bagaimanapun, jumlah kerugian termasuk wang yang dilarikan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi. Ini kes pertama mesin ATM diletupkan di daerah ini.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.