Mayat wanita, kenderaan terjunam dalam sungai ditemui
PAPAR: Mayat seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Papar, di Jalan Melugus, Taman Sayang yang berlaku pada 31 Julai yang lalu, ditemui penduduk kampung pagi tadi.
Saksi di lokasi kejadian mendakwa mangsa kemungkinan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan U di hujung jalan berhampiran sungai.
Mangsa telah dijumpai pada jam 10.00 pagi oleh penduduk kampung di muara sungai Bundusan dan Pasukan Bomba tiba di lokasi mangsa ditemui pada jam 10.10 pagi untuk mengambil mangsa dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis pada jam 10.17 pagi untuk tindakan lanjut.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment