UMS lancar pusat EVIC - Universiti Pertama Di Malaysia Tawar Pakej Eko Pelancongan

Universiti Malaysia Sabah (UMS)kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang baharu di Sabah. Jom! Datanglah ke UMS...
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



[ PENUBUHAN ECO CAMPUS VISITORS INFORMATION CENTRE (EVIC) ]


Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadi universiti pertama di Malaysia yang menawarkan pakej eko pelancongan di dalam kampus melalui pelancaran EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC) bersama-sama dengan pakej tersebut yang dijadualkan bermula sejak pada bulan April lagi.

Penubuhan EVIC adalah untuk mempromosikan UMS sebagai universiti eko kampus pelancongan di Malaysia, menjadi pusat pelancongan yang popular dalam dan luar negara serta mampu melonjakkan imej UMS di peringkat antarabangsa.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, inisiatif ini adalah sejajar dengan pelancaran “Malaysia 101 Edutourism Packages” oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui University Community Transformation Centre (UCTC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada 15 Ogos 2015, yang menerapkan konsep pelancongan dalam kampus dengan menawarkan pelbagai pakej pelancongan berasaskan ilmu.

“Pusat EVIC di Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) ini akan menjadi ruang maklumat tarikan pelancong dan pakej-pakej pelancongan di UMS, dengan komponen penting pusat ini antaranya pusat galeri dan penerangan pelancongan, pembelian tiket berpusat dan pakej pelancongan serta kedai cenderahati.


“Untuk menjadikan kawasan EVIC ini lebih menarik, selain dari landskap yang unik, eco-cafe juga akan disediakan bagi memberi kemudahan kepada pengunjung UMS, dan akan diluaskan lagi merangkumi kawasan tasik FSSA yang akan dimajukan sebagai kawasan ”EcoCampus Park” yang pastinya akan turut menjadi tarikan utama pelancong pada masa akan datang,” katanya.


Tambah beliau, setakat ini terdapat lima pakej pelancongan yang ditawarkan oleh UMS merangkumi pakej harian dan pakej bermalam berasaskan Green Tourism dan Nature Tourism.



“Lima pakej tersebut ialah Pakej Lawatan Galeri & Muzium (Gallery & Museum Tour), Pakej Penghayatan Alam Semulajadi (Nature Delight Tour), Pakej Warisan Arkitektual (Architecture Heritage Tour), Pakej Penghayatan Senja (Sunset Tour) dan Kem Pendidikan Alam Semulajadi (Nature Education Camp).

“Pusat EVIC juga akan berperanan sebagai pusat penjualan tiket secara berpusat sekaligus memudahkan pembelian tiket ke lokasi yang ingin dilawati.

“Di samping itu, kemudahan buggy car yang menggunakan tenaga elektrik juga akan disediakan bagi pelancong yang ingin menikmati panorama pemandangan sekitar kampus dan sekali gus dapat membantu dalam pengurangan carbon footprint,” ujarnya. -MA-

Tahniah kepada Pusat EcoCampus atas penubuhan Eco Campus Visitors Information Centre (EVIC) yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Adalah hasrat saya untuk menjadikan UMS sebagai pusat pelancongan yang popular di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.Saya berharap inisiatif ini dapat menaikkan dan melonjakkan lagi imej UMS di peta dunia.

Warga masyarakat awam amatlah di alu-alukan datang ke pusat EVIC yang menyediakan pelbagai informasi berkenaan pakej lawatan sekitar kampus UMS. Turut disediakan juga pelbagai cenderahati yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan sebagai cenderakenangan semasa keberadaan anda di UMS.

Sabahup2date mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat EcoCampus UMS atas penubuhan Eco Campus Visitors Information Centre (EVIC) yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, bertempat di Fakulti Sains dan Sumber Alam, Kompleks Sains.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post