MH370

Terkini
.

Darell Leiking keluar PKR, sertai parti Shafie Apdal

DARELL Liking.
Ahli Parlimen Penampang keluar PKR, sertai parti Shafie

Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking mengesahkan beliau meninggalkan PKR untuk menyertai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menghidupkan semula sebuah parti politik sedia ada di Sabah.

Darell berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah dimaklumkan kepada Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.


"Saya telah membuat keputusan politik bekerjasama dengan Mohd Shafie untuk berjuang bagi menukar landskap politik di negeri ini melalui sebuah parti berasaskan Sabah.

Saya tetap hormat perjuangan PKR, namun kini tiba masanya untuk berjuang dalam sebuah parti tempatan di Sabah.

"Dalam parti baharu ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain yang mempunyai matlamat sama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN)," katanya.


Darell yang menjadi Ahli Parlimen sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 berkata, beliau mengiringi Mohd Shafie menghantar permohonan bagi pertukaran nama dan logo parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, pagi tadi.

Darell Leiking keluar PKR, sertai parti Shafie Apdal Reviewed by admin Ucop on 3:24 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.