Lori 10 tan terbabas di Jalan Kimanis Kampung Ulu Bariawa, Keningau

Keadaan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan. Kemalangan lori kontena taaaadi jam 2lbh d jln kimanis yg dekaaat sda mo smpai d bariawa...mngsa terlibat tlhpn d hntr ke Hospital utk rawatan..nda tau pa dia bawa tu...hrp2 inda ilang laitu barang2..
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lori 10 tan terbabas, 2 cedera

KENINGAU: Dua orang mangsa mengalami kecederaan selepas Lori Trailer 10 tan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Kimanis Kampung Ulu Bariawa, petang tadi.

Mangsa Hairi KimLim, 31, dan Rocky Anak Utok, 28, mengalami kecederaan ringan selepas lori membawa muatan stok makanan yang dinaiki mangsa terbabas.

Menurut pihak bomba kedua-mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan seterusnya di hantar ke hospital oleh pihak Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.25 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh lapan kilometer itu pada jam 2.40 petang.

Operasi yang melibatkan lapan orang anggota itu tamat pada jam 3.05 petang.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.