LIKAS: Pasukan bolasepak Sabah hampir mencipta kejutan selepas hanya mampu seri 2-2 menentang pasukan PKNS Selangor dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Likas yang berakhir sebentar tadi.
Bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali menyelamatkan maruah pasukan PKNS yang akan beraksi dalam liga super Malaysia 2017 selepas meledak gol penyamaan pada minit ke-56.Terdahulu naib johan Liga Perdana 2016 ini mengejutkan Sabah hasil jaringan pembukaan pemain import PKNS Lucas pada minit ke-30.
Tersentak daripada jaringan itu, Sabah tidak menunggu lama selepas Jonathan Behe penyerang import dari Perancis hanya memerlukan 3 minita untuk menyamakan kedudukan.
Sabahrhinos yang bermain di hadapan kira-kira 2,000 penyokong terus memberikan tekanan kepada PKNS dan di penghujung separuh masa pertama Rahmanshah Marajeh meletakkan Sabah mendahului 2-1.
Di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling bertukar serangan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan S. Sitaranjanan.
Dalam perlawanan persahabatan yang lalu, Sabah berjaya menundukkan Sarawak di Stadium Negeri di Kuching dengan keputusan 0-1.
Mengulas kemenangan itu, pengarah sukan Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA) Adlane Messelem menjelaskan kemenangan pembukaan Pra Musim itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan kerana ia adalah perlawanan ujian untuk menyesuaikan para pemain pada perlawanan liga akan datang.
Sabah akan memulakan kempen liga perdana pada 20 Januari depan (Jumaat) bertandang ke Stadium Paroi Negeri Sembilan.
Post a Comment