Pemandu Uber berkelakuan tidak senonoh terhadap penumpang di Kota Kinabalu

“Pengadu telah turun di kawasan Damai dan meminta rakan pengadu mengambilnya dan telah ke Balai Polis Luyang untuk membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku.”
Pemandu Uber didakwa berkelakuan tidak senonoh

KOTA KINABALU: Seorang suri rumah membuat laporan polis mendakwa seorang pemandu kenderaan Uber melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ketika menaiki kenderaan terbabit, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, lelaki yang juga pemandu Uber terbabit didakwa melakukan perbuatan itu ketika menghantar wanita itu pulang ke rumah dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

Ketika melalui kawasan di hadapan Masjid Bandaraya di Likas, wanita terbabit terlihat suspek memegang kemaluannya dengan tujuan menunjukkannya kepada mangsa.

Berikutan itu, mangsa yang ketakutan meminta suspek menurunkannya bersama anak perempuan di kawasan Damai sebelum menelefon seorang rakan untuk mengambil mereka.

Mangsa kemudian ke Balai Polis Luyang dekat sini, untuk membuat laporan kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika dihubungi berkata, mangsa turut membuat aduan menerusi aplikasi Uber dan sudah dihubungi syarikat perkhidmatan berkenaan untuk tindakan lanjut.


"Suspek berusia 35 tahun itu sudah membuat laporan penafian berhubung kejadian yang menjadi viral di media sosial.



"Kita sudah mengambil keterangan lelaki berkenaan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Post a Comment

Previous Post Next Post