Sabah FA menandatangani DUO KOREA Lee Gil Hoon & Heo Jae-Nyeong semalam & awal hari ini.

Misi: Untuk mengelakkan penyingkiran😂
Pemain dari Korea Selatan, Heo Jaenyong kini sah menyarung jersi Sabah selepas beliau menandatangani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), hari ini.

Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berkata kemasukan Heo dalam pasukan mampu memberi impak positif terutama dalam membantu Sabah untuk mengelak dari tersingkir dalam saingan Liga Perdana.

Dalam perkembangan lain, Bekas ayam tambatan skuad Harimau Kumbang, Lee Gil Hoon, kini sah menjadi milik Sabah selepas pemain itu mengikat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), hari ini.

Penyerang yang kini berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun dengan Sang Badak dalam satu majlis ringkas yang disaksikan Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, di Kota Kinabalu, pagi tadi.

Gil Hoon sebelum ini pernah menjadi penjaring terbanyak Pulau Pinang dengan 24 gol pada 2014 sebelum berhijrah ke Sime Darby pada musim berikutnya.

Selain pernah beraksi bersama Pulau Pinang dan Sime Darby, Gil Hoon sebelum ini bermain dengan kelab di Hong Kong, Biu Chun Glory Sky.

Dia menjadi pemain import kedua diikat Sabah sejak jendela perpindahan pemain mula dibuka Isnin lalu dengan seorang lagi rakan senegaranya, Heo Jaenyong, turut menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan itu, semalam.

Dengan kemasukan Gil Hoon serta Jaenyong, kedudukan seorang lagi pemain import dari Jepun, Masaya Jitzono, semakin goyah dan kemungkinan bakal disingkirkan daripada pasukan.

Ini kerana Jelius dikatakan masih mencari seorang lagi penyerang import bagi memantapkan pasukannya dan sekiranya ia berlaku, Jitzono sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Sabah.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date