MH370

Terkini
.

Berakhirnya Derita Si Puntung… dimatikan menerusi suntikan

BADAK Sumatra betina dikenali sebagai Puntung bertambah kritikal akibat kanser sel skuamus. Sel barah dialami Puntung semakin membesar daripada segi saiz selain mengalami kesukaran bernafas — Borneo Rhino Alliance
Berakhirnya Derita Si Puntung…

LAHAD DATU – Satu daripada tiga badak sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia dimatikan hari ini menerusi suntikan dalam operasi euthanasia di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di sini.

Badak sumbu Sumatera yang berusia 25 tahun itu diberi nama Puntung sebelum ini pernah mendapat liputan media kerana menderita akibat kanser kulit.


Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, operasi itu terpaksa diawalkan daripada tarikh yang dirancang iaitu pada 15 Jun bagi menamatkan penderitaan haiwan terbabit.


Puntung sebelum ini menderita akibat kanser berkenaan yang tumbuh di bahagian hidung kirinya menyebabkan haiwan terancam itu sukar bernafas.


Malah akibat penyakit itu, Puntung juga berada dalam keadaan kesakitan yang berpanjangan dan tahap kesihatannya juga menurun dengan mendadak.


Oleh kerana situasinya semakin meruncing dan keadaan Puntung yang menderita, keputusan drastik diambil untuk menamatkan penderitaannya menerusi suntikan euthanasia.

Berakhirnya Derita Si Puntung… dimatikan menerusi suntikan Reviewed by admin Ucop on 7:24 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.