Foto Sekitar Lawatan Tunku Tun Aminah & Suami di Sabah

YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suaminya, En. Dennis Muhammad Bin Abdullah semasa sesi keberangkatan ke Taman Kinabalu. | Foto Kredit Zarith Sofiah Idris
Sekitar Lawatan Kerabat Diraja Johor Tunku Tun Aminah & Suami di Sabah

DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suaminya, En. Dennis Muhammad Bin Abdullah berkenan berangkat melawat ke Taman Kinabalu dan Ladang Tenusu Desa Cattle, Kundasang, Sabah pada 29 Ogos 2017.

Daulat Tuanku. Junjung kasih atas lawatan ke Negeri di Bawah Bayu. SABAH!

[Taklimat ringkas mengenai Taman Kinabalu oleh Dr. Jamili Nais, Pengarah Taman-Taman Sabah.]

 [DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor bersama seekor tupai.Baginda sedang memberikan makanan kekacang.]


  [Foto kenangan : DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suaminya, En. Dennis Muhammad Bin Abdullah bersama sebahagian daripada kakitangan Taman Kinabalu dan para jemputan semasa sesi lawatan ke Taman Kinabalu, Kundasang, Sabah.]

  [Puan Rimi Repin, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Taman Kinabalu berkongsi maklumat mengenai salah satu spesis pokok orked “Paphiopedilum Lowii” kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.]

  [(kiri) YB Datuk Hj. Kamarlin Bin Hj.Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mempersembahkan cenderahati kenangan kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sambil disaksikan oleh YB. Datuk Hajah Jainab bt. Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.]

[DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor menerima cenderhati kenangan daripada (empat dari kiri) YM Dato’ Seri Tengku Zainal Adlin bin Tengku Mahamood, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS).]

[DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor menyampaikan cenderahati kenangan sebuah buku bertajuk “Johor” kepada YB Datuk Hj. Kamarlin Bin Hj.Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.]

[Foto kenangan : DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor bersama sebahagian daripada kakitangan Taman Kinabalu dan para jemputan semasa sesi lawatan ke Taman Kinabalu, Kundasang, Sabah.]

 [(tiga dari kiri) Puan Angelina Soh, Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Desa memberikan taklimat ringkas mengenai ladang tenusu Desa Cattle kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan tetamu jemputan.]

[DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sedang memberikan susu kepada salah seekor lembu sambil ditemani oleh YB Datuk Hj. Kamarlin Bin Hj.Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.]

      [YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suaminya, En. Dennis Muhammad Bin Abdullah semasa sesi melawat di Ladang Tenusu Desa Cattle.]

  [Foto kenangan : DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suaminya, En. Dennis Muhammad Bin Abdullah bersama sebahagian daripada kakitangan Ladang Tenusu Desa Cattle dan para jemputan semasa sesi lawatan ke Ladang Tenusu Desa Cattle, Kundasang, Sabah.]

  [DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor menerima sejambak bunga daripada pihak Kumpulan Syarikat Desa yang disampaikan oleh Ketua Eksekutifnya, Puan Angelina Soh.]

  [YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim turut menerima sejambak bunga daripada pihak Kumpulan Syarikat Desa.]

  [Di antara tetamu jemputan semasa sesi lawatan ini.]

   [DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor bersama para tetamu dimeja santapan diraja.]

  [DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor menyampaikan cenderahati kenangan kepada YB Datuk Raime Unggi, Pengerusi Kumpulan Syarikat Desa.]

[Foto kenangan : DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor bersama sebahagian daripada kakitangan pengurusan kanan Kumpulan Syarikat Desa.]


Post a Comment

Previous Post Next Post