Pembentukan kerajaan Sabah kian rumit

PENGERUSI BN Sabah, Tan Sri Musa Aman pada sidang media khas di Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Olivia Miwil
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pembentukan kerajaan negeri baharu di Sabah menyaksikan persaingan sengit apabila Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) masing-masing 'bermain' dengan bilangan wakil rakyat dimiliki mereka.

BN Sabah yang memiliki 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mendakwa mempunyai majoriti mudah 31 kerusi apabila membentuk kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang memiliki dua kerusi DUN.

UPKO bentuk pakatan dengan Warisan

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk bekerja sama dengan Parti Warisan Sabah untuk membentuk kerajaan negeri.


Perkara itu diumumkan pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau pada sidang media di Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Picture
PEMANGKU Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau (duduk tengah) semasa sidang media, di Magellan Sutera Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

Beliau kemudian ke Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, bagi memaklumkan keputusan UPKO untuk membentuk pakatan dengan Parti Warisan Sabah.


Sebelum itu, Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama PKR dan DAP dilaporkan akan menubuhkan kerajaan di Sabah selepas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan parti itu keluar BN dan membawa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka untuk menyertai pakatan terbabit.

Picture
DATUK Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) menerima kunjungan daripada Pemangku Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (kiri) dan Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin di kediamannya, Bukit Padang. - Foto Khairull Azry Bidin

Bagaimanapun, lima ADUN terbabit, Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) menyatakan pendirian kekal dalam BN.


Dalam sidang media khas dihadiri semua 29 ADUN BN termasuk lima dari UPKO serta dua ADUN Star di Sri Gaya di sini, hari ini, Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkata BN kini memiliki 31 kerusi DUN apabila bekerjasama dengan dua ADUN STAR.


Katanya, ia sekali gus membolehkan mereka mendapat majoriti mudah 31 kerusi daripada 60 DUN untuk membentuk kerajaan di Sabah dan berharap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, memberikannya peluang untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

"Kita bersama lima ADUN UPKO di sini hari ini untuk bersama membentuk kerajaan. Sekarang ini kita menunggu sahaja (perkembangan) dari istana," katanya.


Musa kemudian meninggalkan Sri Gaya menuju ke ke Istana Negeri, dipercayai bagi mengadap Yang di-Pertua Negeri berhubung pembentukan kerajaan.

Terdahulu, Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau, mendakwa lima ADUN UPKO bersetuju untuk menuruti apa saja ketetapan kepemimpinan parti itu yang dicapai menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan berhubung keputusan untuk membentuk kerjasama dengan WARISAN.

"Mereka (lima ADUN UPKO) bersetuju dengan perkara ini (menyertai kerjasama dengan WARISAN) awal tadi," katanya selepas mesyuarat tergempar parti itu yang bagaimanapun tidak dihadiri kesemua lima ADUN terbabit.

Picture
PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi dari pusat-pusat pengundian ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Masyarakat Tun Said.

Setengah jam kemudian, BN Sabah mengumumkan kerjasama dengan STAR dan lima ADUN itu kekal dalam BN sekali gus memiliki majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post