Atlet angkat berat Nilcy Tunik Sumbang Perak buat Sabah

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SUKAN ANGKAT BERAT TEMPAT : DEWAN MERDEKA MAJLIS DAERAH TAPAH, BATANG PADANG PERINGKAT: AKHIR ACARA : 48KG WANITA PINGAT PERAK Snatch - No.5 (56kg/62kg) C&J - Perak (80kg/81kg)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Atlet angkat berat Nilcy Tunik Sumbang Perak buat Sabah

IPOH: Selepas memenangi pingat perak pada penampilan pertamanya di Sukan Malaysia (Sukma) ke-19, di sini, hari ini, atlet angkat berat wanita Sabah, Nilcy Tunik kini menyimpan hasrat untuk bertanding di Sukan Komanwel pada masa akan datang.

Anak jati Kampung Sunsuron, Tambunan yang kini berusia 17 tahun itu, berkata, beliau tetap gembira dengan pencapaiannya di Sukma walaupun gagal menuai emas.
“Ini kali pertama saya menyertai Sukma dan tidak menetapkan apa-apa sasaran.

“Saya gembira dengan pencapaian ini (memenangi pingat perak) kerana selain memenangi pingat, saya juga berjaya mengatasi rekod terbaik peribadi sebelum ini dalam acara clean and jerk,” katanya yang juga pelajar tingkatan lima di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Pada acara itu, atlet Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri muncul pemenang pingat emas dengan angkatan 81kg, hanya satu kilogram melebihi Nilcy yang mengakhiri pertandingan di tempat kedua dengan angkatan 80kg manakala gangsa pula dimenangi Siti Zaleha Yusop dari Pahang.

Terdahulu, Nilcy turut bersaing bagi acara snatch 48kg, namun, hanya berjaya menduduki tempat kelima dengan angkatan 56kg.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post