Detik Cemas Insiden Tebusan di Taman Telipok Ria, Tuaran.

Situasi cemas di flat Telipok Ria, Telipok
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TERKINI kes kanak-kanak dijadikan tebusan di Telipok


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dengan diacukan pisau di tingkat 4, Taman Telipok Ria, Tuaran.

Polis sudah mengepung rumah itu dan dalam usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak perempuan itu.

Seorang lelaki menjadikan kanak-kanak ini sebagai tebusan apabila dikepung oleh pihak polis.

Darah kelihatan mengalir di badan kanak-kanak akibat pisau yang ditekan kuat oleh penjenayah tersebut.


Difahamkan, kanak-kanak itu berada dalam tawanan suspek sejak jam 12 tengah hari.

SUSPEK DITEMBAK MATI

Enam das tembakan dilepaskan pihak polis ke arah seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak berumur dua tahun sebagai tebusan di sebuah rumah di Pangsapuri Telipok Ria di sini.



Tembakan tersebut dipercayai berjaya membunuh suspek, namun masih belum ada pengesahan daripada pihak polis.


Sementara itu, kanak-kanak berkenaan yang selamat namun dalam keadaan berlumuran darah telah dihantar ke hospital berdekatan oleh sebuah ambulans yang dikawal polis.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
KEADAAN Nortissya Abdullah yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas. - ihsan Herna Hasim.

Ibu budak dijadikan tebusan nafi kenal suspek


KOTA KINABALU: “Saya tidak kenal dan tidak pernah jumpa lelaki itu,” tegas Herna Hasim, 27, ibu kepada Nortissya Abdullah, kanak-kanak berusia dua tahun yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah rumah di tingkat empat, Taman Telipok Ria di Tuaran, semalam.

Kenyataan Herna itu sekali gus menafikan spekulasi yang tular di media sosial sejak semalam kononnya suspek adalah bekas suaminya, selain ada portal berita melaporkan kononnya ia berpunca akibat perebutan penjagaan hak anak serta dendam.

Herna berkata, dia ada melihat suspek memegang Nortissya sambil mengacukan pisau di leher dan merayu supaya lelaki itu melepaskan anaknya.

“Ada yang kata, lelaki itu bekas suami saya dan kejadian itu disebabkan dendam hak penjagaan. Tetapi saya tidak kenal dan tak pernah jumpa. Saya tiada kaitan langsung dengan lelaki itu,” katanya kepada NSTP ketika mengulas mengenai dakwaan kononnya suspek adalah bekas suaminya.


Mengulas lanjut, Herna berkata, suspek yang mati ditembak oleh pasukan polis itu bukan tinggal di kawasan Telipok Ria.

“Bagaimana lelaki itu dikatakan bekas suami saya padahal melihatnya pun tak pernah. Ini semua karut, saya tiada kena mengena dengan suspek,” katanya.

Sementara itu, Herna memberitahu, keadaan anaknya kini stabil dan masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, untuk pemantauan.


“Dia sudah boleh bercakap dan tengah malam tadi dia meminta air kerana haus. Tetapi pagi tadi, ketika luka di lehernya dibersihkan, dia mengadu sakit,” katanya.

Dalam kejadian semalam, suspek lelaki berusia 30-an melarikan mangsa yang sedang bermain di tingkat empat berhampiran rumahnya mangsa lalu menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan di sebuah rumah di aras sama.

Selepas beberapa jam berunding, suspek enggan menyerahkan mangsa dan beberapa kali mengacah-acah untuk mencampakkan kanak-kanak itu dari bahagian dapur rumah di tingkat empat berkenaan sebelum ditembak mati oleh anggota polis.


Mangsa yang cedera di leher kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan, kanak-kanak itu berada dalam tawanan suspek sejak jam 12 tengah hari.


Anggota polis bersenjata berkawal di luar rumah yang menjadi tempat suspek bersembunyi dan menawan mangsa.



Suspek membuang sesuatu dari tandas tempat dia bersembunyi menyebabkan orang ramai yang berada di bawah menjerit




Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit di sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.



Tinjuan di lokasi kejadian mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran berada di lokasi bersama sepasukan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.



Turut berada di lokasi ialah sepasukan anggota bomba.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.