Penyokong Sabah perlu bersatu - Jelius Ating

KETUA Jurulatih Pasukan Bola Sepak Sabah, Jelius Ating.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Cukup-cukuplah bertelingkah, demi pasukan -- Jelius

Pengendali Sabah, Jelius Ating, berharap penyokong pasukan itu akan datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada pasukan itu yang akan melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, malam esok.

Katanya, penyokong perlu bersatu dan mengetepikan segala perbezaan pendapat sama ada dalam kalangan mereka mahupun terhadap pengurusan pasukan.
Harapan saya kepada penyokong, marilah kita melihat hanya kepada pasukan.”
Jelius Ating
" Kalau dari segi perbezaan pandangan mengenai maskot dan isu-isu lain, bagi saya tidak begitu penting...tidak kira kamu penyokong Badak, Tambadau dan mungkin juga 'Hawk', duduklah masing-masing dengan kumpulan kamu tetapi fokusnya di sini adalah memberi sokongan kepada pasukan.


"Apa yang penting, bila masa pasukan kita semakin meningkat, itulah masanya kita perlu datang untuk memberi sokongan kerana kalau kita masih mempertikaikan isu-isu yang kecil, lama-kelamaan ia akan mempengaruhi pasukan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Baddrol
Jelius berkata, sekiranya perlingkahan antara penyokong dan pihak pengurusan terus berlarutan, ia hanya akan menjejaskan serta merugikan pasukan.
"Kami di bahagian teknikal, iaitu sebagai jurulatih dan pemain, sebenarnya tidak mahu melihat isu di antara penyokong dan pengurusan.

"Kami hanya fokus kepada latihan dan perlawanan dan buat masa ini kami tidak terjejas. Tetapi bila masalah ini berlarutan, ia akan memberi kesan kepada pengurusan dan akhirnya ia menjejaskan pasukan. Ini sesuatu yang tidak baik," katanya.

Tambah beliau, sekiranya penyokong datang ke stadium tetapi bertelingkah di antara mereka, ia bukan saja akan menjejaskan pasukan sendiri tetapi juga memberi manfaat kepada pihak lawan.

"Tiada gunanya kita datang ke stadium tetapi bertelingkah di antara kita kerana pada akhirnya lawan yang semakin gembira dan mengambil peluang dengan perpecahan kita.


"Pada dasarnya, tiada dalam mana-mana kumpulan yang semua ahlinya mempunyai fikiran yang sama, mesti ada perbezaan pendapat tetapi jika kita sayang kepada pasukan, kita sokonglah, itu yang paling penting," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.