Pengarah Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata berdasarkan rekod yang dikumpul pihaknya, hujan terkini dicatat lapan hari lalu di Pusat Ternakan Wario, Kota Belud; Stesen Meteorologi Ranau (sembilan hari lalu) dan Laban Rata, Gunung Kinabalu (10 hari lalu).
Musim kering hingga April
KOTA KINABALU: Sebanyak 23 lokasi di Sabah merekodkan ‘hari tanpa hujan’ melebihi tujuh hari berturut-turut dengan Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Sandakan mencatat jumlah tertinggi di seluruh negara iaitu 23 hari berturut-turut sehingga hari ini.
Ia diikuti pekan Tungku, Lahad Datu sebanyak 22 hari, Pertanian Ulu Dusun, Sandakan (19 hari); Tumunong Hallu, Lahad Datu (18 hari); Stesen Meteorologi Lahad Datu (17 hari) dan Kota Kinabatangan, Kinabatangan (17 hari).Keadaan panas dan kering itu menyebabkan beberapa kawasan mula berdepan masalah air dengan Pejabat Daerah Kota Belud setakat ini mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana alam kemarau dengan sebuah kampung terjejas teruk kekeringan sumber air graviti.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca panas dan kering melanda Sabah ketika ini akan berterusan sehingga akhir April depan.
Pengarah Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata berdasarkan rekod yang dikumpul pihaknya, hujan terkini dicatat lapan hari lalu di Pusat Ternakan Wario, Kota Belud; Stesen Meteorologi Ranau (sembilan hari lalu) dan Laban Rata, Gunung Kinabalu (10 hari lalu).
Katanya, lima lokasi lain turut mencatat 10 hari berturut-turut tanpa hujan iaitu di Pertanian Semporna; Sub Stesen Serinsim, Kota Marudu; Jabatan Pertanian Mesilau, Kundasang; Ladang Tiger serta Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Tawau di Tawau.
Beliau berkata, kawasan Tuaran-Mensilau, Pertanian Telupid, Stesen Meteorologi Keningau, Pertanian Nabawan; Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA); Babagon, Penampang dan Kiulu, Tuaran mencatat 11 hari berturut-turut tanpa hujan, manakala Pulau Banggi dan Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Kudat masing-masing mencatat 12 hari dan 13 hari tanpa hujan.
“Secara keseluruhan jumlah hujan dijangka merosot antara 40 peratus hingga 50 peratus di seluruh Sabah sepanjang Mac, khususnya di kawasan utara, Sandakan, Tawau dan pantai barat. Bagi kawasan lain merosot antara 20 peratus hingga 40 peratus berbanding kadar biasa khususnya mulai April,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Beliau berkata, keadaan itu ada kaitan dengan fenomena el-nino lemah yang diramal boleh berlaku dengan kebarangkalian antara 50 peratus hingga 60 peratus bermula Mei depan dengan kesannya hanya dirasai di Sabah dan utara Sarawak.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?
ReplyDeleteBio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti (Made In MOrea) dan dapat HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
HARGA bermula dr RM699
KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model)
http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/
Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my
Post a Comment