SABAH FA SAH🏆 JUARA LIGA PREMIER 2019!

Syukur akhirnya SABAH juara liga Perdana 09-07-2019 | Congratulations! Pemain dan pegawai Sabah bersorak kegembiraan mengungguli Liga Perdana 2019 selepas menewaskan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah mengumpul 40 mata selepas 18 perlawanan, tujuh mata mengatasi Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di kedudukan kedua.


Skuad kendalian Jelius Ating yang sudah mengesahkan tempat ke Liga Super pada Jumaat lalu dinobatkan juara susulan JDT II yang berbaki satu perlawanan lagi sudah tidak mampu untuk mengejar kelebihan perbezaan tujuh mata yang dimiliki Sabah.



Sabah bagaimanapun tidak berdepan laluan mudah sebelum meraih kejuaraan itu apabila mereka ketinggalan pada minit ke-31 hasil sepakan percuma pemain import UiTM, Zarko Korac.


Pelawat terpaksa menunggu hingga minit ke-57 untuk menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Rodoljub Paunovic selepas bola terkena tangan pertahanan UiTM.


Aguinaldo muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-66 selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Ricco Milus untuk mengesahkan kejuaraan liga milik skuad Tambadau.

Tiga perkara dari kejayaan Sabah muncul juara Liga Premier

Sabah muncul juara Liga Premier 2019 dengan penuh bergaya, apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Uitm FC 2-1 di Stadium Uitm, Shah Alam pada Selasa.


Tiga mata yang diraih menyaksikan skuad Tambadau mengumpul 40 mata, enam mata mengatasi pasukan tangga kedua Johor Darul Takzim II yang mengalami kekalahan di tangan Negeri Sembilan, dengan masih ada baki dua perlawanan dalam tangan.


Kekalahan buat Uitm FC menyaksikan pasukan bimbingan Ismail Zakaria itu kekal menghuni tangga ketiga dengan 28 mata dan bersaing sengit dengan Negeri Sembilan yang turut mengumpul 28 mata untuk memburu tiket ke Liga Super.

Dalam aksi di hadapan 2,500 penyokong itu, skuad Jelius Ating ketinggalan 0-1 di babak pertama menerusi jaringan ketua pasukan Uitm FC, Zarko Korac pada minit ke-31.


Namun menterjemahkan aksi lebih bertenaga di separuh masa kedua dan berjaya menterbalikkan keputusan menerusi jaringan penalti Rodoljub Paunovic (m-58) dan Aguinaldo Policarpo Mendes (m-71).

Berikut tiga perkara menarik dari kejayaan Sabah muncul juara Liga Premier 2019.

#1 Kejuaraan pertama Sabah selepas 23 tahun


Kali terakhir Sabah merasai nikmat bergelar juara adalah pada 1996 apabila mereka menjulang trofi Liga Perdana, hanya dengan beza satu mata mengatasi dua pasukan iaitu Kedah dan Negeri Sembilan.

Pencapaian terbaik Sabah selepas itu dua kali muncul naib juara pada 2001 (Liga Perdana Dua) dan 2010 (Liga Perdana).

#2 Jelius Ating pahat nama dalam catatan sejarah


Pengendali Sabah, Jelius Ating melakar sejarah apabila menjadi jurulatih pertama dari Sabah untuk menjulang gelaran Liga Premier sebagai pemain dan juga jurulatih.


Jelius merupakan salah seorang anggota skuad juara Liga Premier 1996 dan dia dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah sejak pertengahan 2017.

#3 Mulakan musim dengan kekalahan, menang tujuh daripada sembilan aksi terakhir


Sabah memulakan musim dengan kekalahan di tangan JDT II dan mungkin tidak ramai meletakkan harapan tinggi pasukan ini akan menamatkan musim selaku juara. Mereka mengakhiri pusingan pertama Liga Premier di belakang JDT II dan Uitm FC.

Namun, Sabah menterjemahkan belang mereka apabila tidak tewas dalam sembilan aksi terakhir sejak kekalahan kepada Selangor United pada perlawanan kelapan, menang tujuh dan seri dua kali. Kemenangan ke atas Uitm FC adalah yang kelima berturut-turut.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post