TM lancar internet UNIFI 800mbps di Kundasang dan Ranau

MP Ranau Jonathan Yasin berucap di majis itu

Penduduk Ranau bakal nikmati internet, mencecah 800mbps.

RANAU: Penduduk daerah ini kini mampu tersenyum lebar dengan adanya sambungan internet berkelajuan tinggi mencecah 800 mbps melalui pekej UNIFI yang ditawarkan oleh TM Malaysia.

P
elancaran UNiFI di daerah Ranau diadakan di sini pada hari Sabtu oleh MP Ranau Jonathan Yasin, menarik kehadiran ratusan masyarakat di sekitar pekan Ranau.

Turut hadir dalam upacara itu ialah Pengurus Besar TM Negeri Sabah Dato’ Haji Mohd Sainal Haji Mohd Amin dan Pengarah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Haji Roslan Mohamad.


“Tahniah diucapkan kepada TM atas kejayaan menganjurkan program yang melibatkan pelanggan dan juga usahawan kecil yang berada di sekitar Pekan Ranau.

Pakej Home

Pakej Biznes

“Pihak Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa menyokong apa juga inisiatif yang boleh membantu ke arah peningkatan pembangunan taraf sosio-ekonomi rakyat ke tahap yang lebih tinggi, khususnya di Pekan Ranau dan umumnya di Negeri Sabah ini.


“Warga Ranau harus berbangga dan berterima kasih kepada TM kerana membawa program ini ke Pekan Ranau kerana ianya bermakna Warga Ranau melangkah setapak ke hadapan dalam menghadapi Era Digital,” kata Jonathan.

GIMIK…Jonathan melakukan gimik perasmian
Menurutnya, ini merupakan sesuatu yang amat bernilai kepada masyarakat di Pekan Ranau, kerana dengan adanya perkhidmatan Unifi, maka ini bermakna masyarakat Ranau tidak jauh ketinggalan berbanding dengan bandar besar yang lain di Sabah mahupun di Malaysia.

MENERIMA cenderakenangan dari Pengurus Besar TM Sabah


“Sebagaimana yang kita semua tahu, dunia internet adalah merupakan dunia tanpa sempadan. Hampir semua maklumat boleh diperolehi serta boleh disalurkan dengan amat pantas secara online atau dalam talian hanya melalui hujung jari.

“Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kita hendaklah lebih bijak memanfaatkan perantara media sosial seperti facebook, whatsapp, blog site dan seumpamanya untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah serta mendatangkan kebaikan,” katanya.

Jonathan yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia menggalakkan semua masyarakat Ranau untuk mengambil peluang ini dan menggunakan perkhidmatan Unifi yang ditawarkan oleh TM, agar tidak ketinggalan dengan arus dunia digital dan digitalisasi.

“Saya mengesa kepada tuan-puan menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perkhidmatan unifi serta pakej-pakej yang ditawarkan.

“Ini adalah amat penting sebagai persediaan dan kelebihan untuk lebih berdaya saing dan lebih mampan di dalam dunia ekonomi digital yang sedang berkembang pesat pada masa ini.

“Untuk lebih berdaya saing, kita perlu mengembangkan perniagaan kita ke suatu tahap yang lebih tinggi, dengan cara melibatkan diri di dalam perniagaan digital atas talian ataupun secara ‘online’,” katanya.

Beliau menambah bahawa perniagaan digital atas talian, adalah merupakan sesuatu yang mesti diceburi oleh semua peniaga, kerana inilah hakikatnya gaya kehidupan para pelanggan pada hari ini.


“Pelanggan di era ini bukan hanya membeli barangan di atas talian, tetapi urusniaga lain seperti bayaran bil, pemindahan wang, pendaftaran, penyemakan dan sebagainya turut dilakukan secara online.

“Ringkasnya, perniagaan secara online akan memudahkan pencapaian pasaran yang lebih meluas, memberikan peluang mendapatkan hasil pulangan yang lebih tinggi dan memudahkan kehidupan seharian kita,” jelas beliau.


Post a Comment

Previous Post Next Post