Percutian lima sekeluarga dari Sabah berakhir tragedi di New Zealand

Innallilahwainnailaihirojiun. Utk kawan kawan UKMS & FSSA, Saya kongsikan perkhabaran sedih, kawan kita Sdr Adnan Jeman dimaklumkan terlibat dlm kemalangan nahas ini. Kawan kita ini, isterinya Dr Rumi dan salah seorang anaknya maut di tempat kejadian. Dua lagi cedera kritikal dan sedang menerima rawatan disana. - Yanti Rosli G
New Zealand: Suami isteri Dari Sabah antara 3 maut kemalangan

Kaikōura : Percutian lima sekeluarga dari Sabah ke New Zealand berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan di jalan raya Kaikoura semalam.

D alam kejadian pukul 3.10 pagi waktu tempatan itu, kereta dinaiki semua mangsa bertembung dengan sebuah trak dari arah bertentangan.


Pihak berkuasa membantu kesemua mangsa dalam kemalangan.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri iaitu, Adnan Jeman yang bekerja di Yayasan dan isterinya, Dr. Rumihati Abd. Hamid, pakar perubatan di Klinik Kesihatan Putatan serta seorang anak mereka.

Lokasi kemalangan di jalan raya Kaikoura melalui Google Maps.

Dua anak pasangan berkenaan yang turut berada di dalam kenderaan parah, bagaimanapun identiti mereka belum dikenal pasti.

Sementara itu, portal berita Kiwi, www.stuff.co.nz melaporkan, salah seorang mangsa yang parah terpaksa diterbangkan menggunakan helikopter ke Hospital Wellington manakala seorang lagi diterbangkan ke Hospital Christchurh untuk mendapat rawatan segera.

Menurut portal berkenaan, mangsa di Hospital Wellington berada dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi masih belum diketahui situasinya.

Kesesakan lalu lintas berlaku berikutan kemalangan yang melibatkan lima rakyat Malaysia di New Zealand.

Difahamkan, lapan ahli keluarga mangsa akan terbang dari Kota Kinabalu ke Wellington dan Christchurch malam ini bagi menguruskan kesemua mangsa.

Sementara itu, Ketua Peronda Lebuh Raya Tasman, Grant Anfrews seperti dilaporkan portal itu menyifatkan kemalangan berkenaan sebagai satu tragedi yang dahsyat.

“Dua kru bomba Kaikoura terpaksa menggunakan peralatan memotong kenderaan untuk mengeluarkan penumpang dari dalam kereta,” katanya.

Katanya, siasatan tentang punca kemalangan masih dijalankan.

Post a Comment

Previous Post Next Post