SEORANG lelaki maut akibat tersepit di lif ketika memunggah barang di stor pasar raya di Kingfisher, Likas di Kota Kinabalu, hari ini.
J oyden Joharis, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Kota Kinabalu, 10.45 pagi hari ini.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa adalah pekerja syarikat penghantaran barang di daerah ini.
Beliau berkata, ketika memunggah barang, mangsa naik ke tingkat tiga di pasar raya berkenaan dan tidak lama selepas itu, pekerja pasar raya terdengar jeritan.
"Pekerja pasar raya naik ke tingkat tiga melalui tangga sebelum memecahkan pintu stor barangan berkenaan.
"Mereka mendapati leher mangsa tersepit pada lif," katanya dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, pekerja pasar raya itu kemudiannya menghubungi ambulans serta pasukan Bomba dan Penyelamat.
"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan ambulans yang tiba di lokasi berusaha memberi bantuan pernafasan kepada mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 6:35 PM
Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 10.02 pagi sebelum bergerak ke tempat kejadian menggunakan 1 buah jentera Operasi diketuai PBKII Nickton Berry bersama 6 orang anggota.
Seterusnya mangsa di serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Pemeriksaan disekitar kawasan dijalankan memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain. Operasi ditamatkan pada pukul 11.00 pagi.
Post a Comment