Mayat ditemui tergantung di Pulau Gaya positif COVID-19

Semua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.
Mayat ditemui tergantung di Pulau Gaya positif COVID-19

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kesemua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.

“Semua yang terlibat sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing. Keputusan ujian saringan itu dijangka siap hari ini. Kita mendoakan semua anggota terlibat selamat daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Habibi berkata, kesemua anggota yang bertugas ketika itu telah mengambil langkah-langkah pemakaian selamat, termasuk memakai penutup hidung dan mulut, dan sarung tangan.

Sementara itu, beliau berkata mayat lelaki itu masih belum dituntut, dan setakat ini kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi, 6 April lepas, seorang lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing, ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya.


Mayat lelaki itu ditemui penduduk di kawasan bukit di kampung berkenaan, sebelum mereka menghubungi polis. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, sebelum disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas. - Bernama

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan penemuan penduduk kampung tersebut.

Berdasarkan pemeriksaan awal, tiada pengenalan diri ditemui dan mangsa dipercayai warga asing berdasarkan tiada suntikan BCG.




Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth ( HQE) untuk bedah siasat.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Pulau Gaya Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zulfikar Abd Salam di talian 0198009455.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.