Wabak Covid19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada bekalan tabung darah di setiap hospital di negeri ini berikutan pembatalan program kempen menderma darah.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan, antara yang terkesan ialah Unit Tabung Darah (UTD) Hospital Ranau yang kini berada dalam status kritikal.Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini berkata, tabung darah di hospital itu merekodkan penggunaan seminggu julat 40 hingga 50 pain.
Menurut beliau, program derma darah sebenarnya masih diteruskan pada skala yang kecil bagi menampung keperluan di setiap unit tabung darah.
“Ini termasuklah UTD Hospital Ranau yang kini kritikal dan sangat memerlukan.
“Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan tampil untuk menderma darah dalam program derma darah anjuran hospital itu yang akan diadakan pada 16 Mei ini bermula jam8 pagi hingga jam 1 petang,” katanya.
Orang ramai dialu-alukan datang menderma darah
Post a Comment