Hanya Tinggal 26 kes COVID-19 dirawat seluruh Sabah

Tiada kes baharu hari ini; tinggal 26 kes dalam rawatan di hospital seluruh Sabah

Hanya Tinggal 26 kes COVID-19 seluruh Sabah

Kes positif Covid-19 baharu kembali sifar menjadikan jumlah keseluruhan kekal 317 di Sabah.

P
ada masa sama, jumlah kes masih dirawat terus berkurangan dengan enam lagi pesakit dibenarkan discaj dari hospital menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 287 orang hari ini.

Jumlah masih dirawat di hospital seluruh Sabah ialah 26 kes.

Bilangan yang masih dirawat ialah enam di Kota Kinabalu, Tawau (4), Keningau (4), Penampang (3), Kinabatangan (2) dan masing-masing satu di Lahad Datu, Tuaran, Putatan, Kunak, Ranau, Semporna serta Beluran.


Ketika berita ini ditulis, kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengenai jumlah mereka yang masih dalam kuarantin masih belum dikeluarkan.



 
 

Post a Comment

Previous Post Next Post