Wanted! Ford Ranger rempuh Sekatan Jalan Raya di Jalan Kolombong

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji
Wanted! Ford Ranger rempuh Sekatan Jalan Raya di Jalan Kolombong

Sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger kini giat dikesan polis Kota Kinabalu setelah merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19, di Jalan Kolombong, 8-Mei baru-baru ini.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger kini giat dikesan polis Kota Kinabalu setelah merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19, di Jalan Kolombong, 8-Mei baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan rempuhan kali kedua di lokasi sama yang berlaku sekitar pukul 8-malam pada hari tersebut.

Kejadian pertama berlaku pada 3-April lalu di mana suspek seorang lelaki telah menyerah diri di Balai Polis Daerah Kota Kinabalu sehari selepas kejadian berkenaan.


Dalam kejadian terbaharu, beliau memberitahu, akibat kejadian itu telah menyebabkan kerosakan pada papan tanda (Essential Services), kon dan lampu.


Difahamkan, ketika kejadian, kesemua petugas terdiri dua anggota polis, tiga tentera dan dua RELA tidak mengalami sebarang kecederaan dan baru selesai berbuka puasa.

ACP Habibi turut memberi maklumat kenderaan berkenaan berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran KM95 bergerak dari Jalan Tuaran Bypass menghala ke Jalan Lintas dalam keadaan laju.

Katanya, berdasarkan maklumat awal,setakat ini suspek belum dikenal pasti kerana kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama sebuah syarikat yang beralamat di Kota Marudu.

Namun, tegasnya, pihak polis akan menjejaki kenderaan dan pemandu yang terbabit berdasarkan alamat yang diperoleh.

ACP Habibi juga memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini ke balai-balai polis berdekatan untuk membuat laporan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan bahaya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.