Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, harini saya trfikir mau guna idea beliau menggunakan kelambu cegah nyamuk hihihi.
H ari ini 24 Jun 2020, selesai sudah presentation group online melalui system MyGuru. Sepatutnya presentation ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda krn diri ini gagal utk mghadirkn diri ekoran drp capaian internet yg sgt lemah di kwsn pedalaman.Saudara saudari, hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapan diri sendri sebelum presentation bermula tadi. Seperti yang saudara saudari lihat didalam gambar tersebut, lokasi ini adalah dikawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah. Capaian internet di sini lebih bagus berbanding di kawasan rumah panjang.
Saudara saudari, walaupun kwsn kpg kami tdk mpy capaian internet ttp trdpt jg beberapa kwsn disekitar kpg yg dpt dkunjungi utk mncari internet spt kwsn berbukit, kwsn ladang sawit etc. namun kwsn ini x sesuai utk dkunjungi setiap hari memandangkn sy sndri mpy jadual kelas yg penuh kecuali selasa & ahad. Hari ini sy memilih tmpt ini krn dekat dgn kebun ayah dan selapas habis kelas, sy dpt menolong ayah baikpulih pondok di kebun utk kegunaan kelas online saya pada hari seterusnya.
Untuk pengetahuan saudara saudari, kpg kami tidak lh jauh mana dr kwsn Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir disini bahawa utk pergi ke pekan adalah memerlukan kos & kenderaan yg baik utk ulang alik setiap hari. Sy org kurang berkemampuan jd sy tidak mampu utk pergi ke pekan hari2 tambahan pula keadaan cuaca yg kerap hujan. Sebagai seorg final year student, sy sgt memerlukan capaian internet yg bagus utk access maklumat final year project (FYP).
Segala system MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung x dpt di access 😥
Saya berharap coretan ini dapat sampai kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan pelajar yang betul2 memerlukan capaian internet yg bagus. Mungkin coretan ini agak kurang bagus utk dibaca & sy sndri mengaku msih kekurangan ilmu dlm penulisan. Mohon maaf dipinta sekiranya trsalah & trkasar bahasa 🙏🏻
Demi mencari ilmu aku gagahkan jua tiada yg menjadi penghalang ( Nur Shafika, 2020) 😉
Coretan Rose ED,
Final Year Student,
Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.
#Upsi
#SoaringUpwards
Post a Comment