Remaja maut terkena renjatan elektrik di Taman Perumahan Bandar Sierra

Awasi anak-anak di musim hujan ini.. Baru-baru ini, di Taman Perumahan Bandar Seirra, Kota Kinabalu ada remaja yang meninggal terkena renjatan elektrik di kawasan seperti ini. Al-fatihah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



PELAJAR MAUT DIPERCAYAI TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Seorang pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah menengah, di sini, maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain futsal di Taman Bandar Sierra, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa lelaki berusia 16 tahun dikatakan bermain bola di gelanggang bola keranjang dalam keadaan hujan renyai.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati ketika bermain bola, mangsa dikatakan tergelincir dan terus terpegang tiang lampu di gelanggang berkenaan.


Bagaimanapun katanya, mangsa kemudiannya tiba-tiba dilihat tidak sedarkan diri sebelum didapati tercungap-cungap.

“Beberapa rakan mangsa dan orang awam yang berada di lokasi kejadian terus membantu menghubungi ambulan untuk mendapat pertolongann kecemasan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, polis dihubungi pihak hospital untuk memaklumkan berhubung kejadian berkenaan dan pihak hospital turut mengesahkan mangsa meninggal dunia kira-kira jam 8 malam.


Katanya, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.