Pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Queen Elizabeth 1 diburu

Lelaki 45 tahun itu melarikan diri ketika dibawa untuk rawatan lanjut di HQE1
Pesakit COVID-19 diburu

Seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 diburu polis selepas menghilangkan diri ketika ditahan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini, Isnin lalu.

D alam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit diambil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Intan di Tuaran, untuk ditempatkan di hospital bagi rawatan lanjut.

Bagaimanapun, lelaki itu yang dibawa bersama lima lagi pesakit bertindak melarikan diri sebaik dibawa masuk ke hospital berkenaan. 

 


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati suspek yang dibawa naik ke tingkat 5 Wad Covid diarahkan supaya menunggu di ruangan lif apabila seorang lagi pesakit perlu dihantar ke wad berhampiran.

Katanya, sebaik kembali ruangan lif berkenaan, pengiring kumpulan itu mendapati suspek sudah menghilangkan diri dan hanya tinggal lima pesakit.

"Pengiring kemudiannya bertanya kepada anggota Rela yang menjaga di tingkat berkenaan dan diberitahu suspek mengekori pengiring sebelum menghilangkan diri.

"Usaha mengesan lelaki terbabit terus dilakukan di sekitar hospital namun gagal ditemui," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek dimasukkan ke pusat kuarantin itu pada 13 November lalu selepas disahkan positif COVID-19.




Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Post a Comment

Previous Post Next Post