Kanak-Kanak Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi di sungai Kampung Sabah Baru, Lahad Datu

Lokasi kejadian, di hadapan rumah ketika air pasang.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kanak-Kanak Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi di sungai Kampung Sabah Baru, Lahad Datu

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun maut selepas dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Sabah Baru, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan bersama seorang lagi rakan sebayanya mandi di sungai berkenaan sebelum diserang buaya.

Picture
Pasukan keselamatan mengangkat mayat mangsa yang ditemui terapung kira-kira dua meter dari lokasi kejadian. – Foto Ihsan Pembaca.

Rakan mangsa yang terkejut terus bergegas pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, polis yang menerima maklumat kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meminta bantuan operasi mencari mangsa.

Katanya, selepas beberapa jam pencarian, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui terapung kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati lokasi kejadian berlaku hanya terletak kira-kira 20 meter daripada rumah mangsa. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di pinggang, perut dan dada. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rohan berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sehubungan itu, Rohan menasihati orang ramai yang tinggal di pesisir sungai dan pantai supaya sentiasa berhati-hati dengan kemungkinan serangan reptilia berkenaan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.