Panglima perang Sabah, Bung Moktar sedia tawar diri disuntik dahulu vaksin Covid-19

"Saya tidak takut, saya mahu sihat, panglima perang kena dulu." -Bung Mokhtar

“Saya tak takut” -Bung Moktar sedia tawar diri disuntik dahulu vaksin Covid-19

Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan hari ini memaklumkan bahawa beliau menawarkan diri menjadi antara bahan uji vaksin Covid-19 di Malaysia.

Jeremy Renner
Sedia dijadikan bahan uji kaji
M
enerusi Harian Metro, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menyatakan kesediaannya ketika  menyahut cabaran Ahli Parlimen Sarikei semasa membahaskan peruntukan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM) pada persidangan Dewan Rakyat.
“Untuk menyahut cabaran Sarikei tadi, saya menawarkan (menjadi) orang pertama disuntik vaksin (Covid-19) itu, kalau ada. Saya tidak takut, saya mahu sihat, panglima perang kena dulu.” Tegasnya.
Jeremy Renner
Dicabar Sarikei
Hal ini berikutan Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu mendakwa beliau dan ahli keluargannya telah menjadi bahan uji kaji semasa mereka disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu Wong Ling Biu turut memberi contoh keadaan anaknya yang juga atlet baling tukul besi negara, Jacky Wong yang kesihatannya sering tidak konsisten ketika disahkan positif Covid-19 tempoh hari.

“..kerana virus itu telah mati di dalam badan dia, tempoh kuarantin sepatutnya tamat lebih awal tetapi dia telah ditahan agak lama iaitu selama 73 hari sebelum dibenarkan pulang.”


“Saya berasakan ahli keluarga saya termasuk saya sendiri telah dijadikan bahan kajian semasa kami disahkan positif. Jika kita sudah mempunyai vaksin itu, siapakah yang akan menjadi bahan kajian seterusnya?” Katanya.

Jeremy Renner
Syorkan vaksin disuntik kepada ahli politik dulu.
Jadi, beliau menyarankan vaksin tersebut diuji terlebih dahulu kepada ahli politik bagi memasktikan keberkesanannya sebelum diberukan kepada rakyat.


“Rakyat di luar sana mengesyorkan bahawa vaksin itu perlu diuji terlebih dahulu kepada ahli politik untuk memastikan keberkesanan vaksin tersebut sebelum diberikan kepada rakyat.” Katanya.

Sehubungan dengan itu, Bung Moktar yang juga Ahli parlimen UMNO menjawab dengan bersedia untuk menjadi bahan uji kaji vaksin bagi menyahut cabaran yang dilemparkan oleh Wong Ling Biu. Beliau turut menyatakan  mahu sihat dan tidak takut untuk menjadi insan terawal disuntik vaksin tersebut.

Sumber: Harian Metro


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.