Noorliza Awang Alip Mayor DBKK Ke-6.
Buat pertama kali sejak diisytiharkan sebagai bandar raya 20 tahun lalu, Kota Kinabalu mendapat seorang Datuk Bandar wanita.
Noorliza Awang Alip, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dilantik sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ke-6 bagi menggantikan Datuk Nordin Siman (Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ke-5) yang akan bersara pada 31 Disember 2020.
Ketua Pengarah DBKK, Noorliza Awang Alip menjadi wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar bandar raya KK.
Noorliza Awang Alip juga adalah wanita pertama yang memegang jawatan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bagi negeri Sabah, ini menzahirkan pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan wanita oleh Kerajaan negeri Sabah.
Majlis penyampaian watikah pelantikan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah pada pagi tadi. Tahniah atas pelantikan Puan Noorliza Awang Alip sebagai Mayor Bandaraya yang ke 6.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment