Operasi Mencari Remaja Hilang Di Pantai Karambunai Diteruskan.
Mayat seorang remaja berusia 20-tahun yang hilang sejak beberapa hari lepas di Pantai Karambunai, berjaya ditemui pukul 9:40-pagi tadi.
Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu meneruskan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang remaja lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Karambunai, di sini, hari ini.Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, operasi SAR mangsa yang diaktifkan sejak jam 1.30 petang itu diteruskan hari ini, selepas ditangguhkan petang semalam.
Mangsa, Yusof Sihud, 19, selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama dua rakannya.
“Kawasan pencarian dipecahkan kepada lima sektor meliputi keluasan seluas 71 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Mohd Rosli berkata, Pengkalan Hadapan Carilamat juga didirikan di Pantai NEXUS Karambunai bagi menyusun atur operasi pencarian.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment