Lelaki amuk tetak bakal ibu mentua hingga mati di Pitas

Mangsa yang maut ditempat kejadian. FOTO ihsan polis.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lelaki amuk tetak bakal ibu mentua hingga mati

Episod putus tunang seorang wanita berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya sendiri dalam kejadian di Kampung Pogil Jalan Sun Light Kuyuh, Pitas, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.

Picture
Putus Tunang Berakhir Tragedi.

Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya yang berada di rumah itu turut mengalami kecederaan selepas diserang suspek berusia 29 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.

Picture
Sepatuntya pada 24 Disember 2020, suspek berjanjdi untuk menghantar berian dan menetapkan tarikh perkahwinan Sebenarnya.

Bagaimanapun katanya, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan.

"Akibat itu, suspek bertindak agresif setelah dilarang bawa keluar berkali-kali tunangnya dan mengamuk dengan menggunakan parang.

"Antara yang cedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Semua mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Picture
Mangsa yang maut ditempat kejadian. FOTO ihsan polis.

Mohd Izaan berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, mayat mangsa yang maut terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.

Katanya, semua mangsa yang cedera pula sudah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.