Remaja berjaya lepaskan diri dengan bantuan 6 rakan 'belasah' buaya di Sungai Kampung Mengkabong, Tuaran

Mangsa yang masih menjalani rawatan di wad kecemasan Hospital Tuaran.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Remaja terselamat, 6 rakan 'belasah' buaya di Tuaran

Seorang remaja lelaki terselamat daripada dibaham buaya selepas enam rakannya 'membelasah' haiwan tersebut di Sungai Kampung Mengkabong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata mangsa Azlan Arif Abdullah,16, cedera di bahagian badan, kaki kanan dan perut dalam kejadian jam 3.30 petang.

Picture
buaya berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan menggigit salah seorang kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur antara sembilan dan 16 tahun.

Katanya, buaya berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan menggigit salah seorang kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur antara sembilan dan16 tahun ketika mereka sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.

Picture
7 Wira wira Mengkabong yang menyelamatkan rakan mereka dari di baham sang bedal.

"Mereka kemudiannya memukul buaya tersebut dengan apa sahaja yang ada di tangan sehingga salah seorang berjaya mencederakan mata buaya itu yang menyebabkannya melepaskan mangsa," katanya .

Jeremy Renner
Biar hidup mati bersama...hebat kamu nak 
 
Mengkabong Heroes💪 
 
Adik-adik ani menggunakan masa terluang mencari rezeki membantu keluarga mencari lokan di Sungai Mengkabong. Agak malang nasib mereka apabila salah seorang rakan mereka telah dibaham buaya ketika mencari lokan pada 4.12.2020.
 
Ketika buaya cuba membawa sahabat mereka masuk ke dalam sungai,7 lagi sahabat bertindak membelasah buaya tersebut. Mereka guna apa saja yang tercapai tangan. Tiada senjata mereka guna tangan dan kaki tumbuk buaya sehingga salah seorang dari mereka telah memukul mata buaya menyebabkan sahabat mereka terlepas dari gigitan dan terselamat. 
 
Admin respek dengan keberanian adik-adik ni. Semangat setia kawan yang susah mau cari. Buaya ni jangan mau dekat, tengok saja pun sudah membari tungkal. Admin rasa kebanyakan budak akan lari selamatkan diri kalau berhadapan situasi ani. 
 
Tapi adik-adik ani memilih untuk melawan selamatkan kawan. Sama-sama keluar cari rezeki, kalau mati biar sama-sama mati.
Mohd Hamizi berkata mangsa tinggal berhampiran dengan sungai paya bakau tersebut.

Picture
Mangsa yang masih menjalani rawatan di wad kecemasan Hospital Tuaran.

Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan akan dirujuk ke Hospital Kota Belud atau Hospital Papar untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan teruk yang dialami.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments