Mayat remaja hilang di Pantai Karambunai berjaya ditemui

Mangsa, Yusof Sihud, 19, selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama dua rakannya.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Operasi Mencari Remaja Hilang Di Pantai Karambunai Diteruskan.

Mayat seorang remaja berusia 20-tahun yang hilang sejak beberapa hari lepas di Pantai Karambunai, berjaya ditemui pukul 9:40-pagi tadi.

Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu meneruskan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang remaja lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Karambunai, di sini, hari ini.
Jeremy Renner
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, operasi SAR mangsa yang diaktifkan sejak jam 1.30 petang itu diteruskan hari ini, selepas ditangguhkan petang semalam.
Ketika dihubungi , Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Abd Qawie Abdul Gapar mengesahkan penemuan tersebut oleh pasukan Maritim 5-batu nautika dari tempat kejadian.
Jeremy Renner
Mangsa, Yusof Sihud, 19, selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama dua rakannya.
“Operasi SAR hari kedua disambung pada jam 7 pagi tadi dengan bantuan beberapa aset daripada agensi lain antaranya Bot Ronda Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bot Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta bot ronda Maritim Malaysia membabitkan hampir 40 anggota.

“Kawasan pencarian dipecahkan kepada lima sektor meliputi keluasan seluas 71 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Rosli berkata, Pengkalan Hadapan Carilamat juga didirikan di Pantai NEXUS Karambunai bagi menyusun atur operasi pencarian.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.