Kotak berisi minyak masak dan rokok disembunyikan di kebun kelapa sawit di Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Lahad Datu. - Foto ihsan PPM.
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menemui minyak masak dan rokok yang disembunyikan di kebun kelapa sawit di Kampung Pangkalan, Desa Kencana, di sini, semalam dipercayai cuba diseludup.
B
arangan berkenaan ditemui sepasukan pegawai dan anggota PPM Lahad Datu ketika menjalankan rondaan kira-kira jam 12 tengah hari.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin, berkata ketika rondaan di kebun sawit kampung berkenaan, pasukannya mengesan longgokan kotak yang ditutup dengan pelepah daun kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pemeriksaan mendapati beberapa paket minyak masak dan rokok pelbagai jenama berada dalam longgokan berkenaan. Disyorkan Untuk Anda
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 578 paket minyak masak bersama 800 bungkus rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai.
"Rampasan minyak masak dianggarkan bernilai RM1,445, manakala rokok dianggarkan RM6,534 selepas cukai," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad berkata, nilai keseluruhan rampasan membabitkan barangan yang cuba disembunyikan sebelum diseludup keluar dianggarkan berjumlah RM7,979.
Katanya, rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
"Kes rampasan minyak masak disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
"Bagi kes rampasan rokok pula disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Katanya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan menyalahi undang-undang menerusi aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di talian 013-2831197.
Maklumat juga boleh disalurkan terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084 untuk tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat maritim sentiasa terjaga dan terkawal.

Post a Comment