Marcel Jude Joseph mohon maaf samakan Unduk Ngadau dengan 'persembahan lembu eksotik'

Peguam kepada Philip Among, Marcel Jude memohon maaf atas bahagian dalam penghujahan mahkamahnya yang menyamakan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan "persembahan lembu eksotik" (exotic cattle show) dan "acara lelong" (auction show).

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




Marcel adalah peguam yang mewakili Philip - ahli politik daripada Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah - yang berdepan pertuduhan cabul.

Saya, Marcel Jude Joseph, dengan ikhlas dan sepenuh hati memohon maaf atas bahagian dalam penghujahan mahkamah yang telah menyinggung dan menyakitkan (pihak yang berkaitan).

"Maka di sini saya membuat permohonan maaf ikhlas ini kepada semua Unduk Ngadau (pemenang acara tersebut) di seluruh Malaysia, dari permulaan acara ratu cantik Kaamatan Unduk Ngadau sehingga untuk tahun 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Marcel berkata, permohonan maaf itu ditujukan kepada ahli jawatankuasa penganjur tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya; ahli jawatankuasa perayaan Kaamatan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, semua pihak terlibat dalam penganjuran acara itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1960, serta semua orang Kadazandusun Sabah.

Dia juga memetik kenyataan yang dibuat Pengerusi Majlis Wanita Kadazandusun Joanna Kitingan semalam, yang menyifatkan kenyataan Marcel sebagai "merendahkan maruah, menghina, memfitnah dan tidak sensitif" terhadap budaya masyarakat itu.

Menurut Marcel, pihak pendakwaan telah meminta ikat jamin sebanyak RM100,000 dan maka dia melakukan yang terbaik agar majistret Jessica Ombou Kayakun menetapkan jumlah yang lebih rendah.

"Perenggan yang menyinggung, seperti didakwa Joanna Kitingan, dibuat atas tujuan dalam perbicaraan mahkamah. Ia tidak dibuat dengan sebarang niat jahat, niat provokasi atau untuk menyakitkan. Ia dibuat untuk membela anak guam saya.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Sebagai peguam, saya perlu bertindak sebaik mungkin untuk anak guam, seperti yang dirasakan bersesuaian," katanya lagi.

'Penghujahan tak boleh ditarik balik'

Marcel berkata dia tidak boleh menarik balik penghujahan bertulisnya kerana ia adalah res judicata, iaitu sebahagian daripada prosiding mahkamah yang telah ditetapkan dan hanya hakim yang boleh menentukan sama ada untuk menerimanya atau tidak.

Katanya, walaupun perenggan yang dibangkitkan itu ada dalam penghujahan bertulis, dia tidak membacanya ketika di mahkamah, seperti didakwa Joanna.

Susulan penghujahan Marcel, mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai untuk pengurusan kes praperbicaraan. Phillip dikenakan ikat jamin RM8,000 untuk setiap pertuduhan, dengan dua penjamin tempatan.

Phillip, 52, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencabul peserta ratu cantik tempatan dan satu pertuduhan sama terhadap seorang lagi perempuan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.