Phillip Among Mengaku Tidak Bersalah 5 Tuduhan Cabul 2 Wanita

Kickbola.net Ahli politik Sabah, Phillip Among mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan mencabul kehormatan dua wanita di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Ahli Politik Sabah Mengaku Tidak Bersalah 5 Tuduhan Cabul 2 Wanita


Ahli politik Sabah, Phillip Among mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan mencabul kehormatan dua wanita di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dua wanita berasingan, termasuk seorang Ratu Kaamatan yang lebih dikenali sebagai Unduk Ngadau.

Among atau nama sebenarnya Philip Among @ Daniel Dell Fidelis membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, Among dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita kira-kira 11 malam pada 17 April lalu di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di sini.


Empat pertuduhan lain turut membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga Ratu Kaamatan di empat tempat berasingan pada 19 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Mohd Ali memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kes terbabit mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun, dua peguam tertuduh, Marcel Jude dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan mengambil kira tertuduh memberi kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan.

Kickbola.net Ahli parti STAR Sabah itu ditahan di pejabatnya di Asia City 

Jude berkata, sumbangan Among kepada masyarakat juga perlu diambil kira, selain pendapatannya sebagai ahli perniagaan terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mahkamah membenarkan Among diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin sementara menunggu tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan pada 14, 21 dan 22 Julai ini.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diraba di peha, belakang badan, leher dan tangan ketika menaiki kenderaan ahli politik itu.

Difahamkan, selepas laporan polis bertarikh 21 Mei itu viral di media sosial, beberapa laporan polis dibuat terhadap Among, selain pendedahan di media sosial oleh beberapa individu terhadap salah laku penyelaras STAR Parlimen Putatan yang digantung jawatan itu.- FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post