Seorang wanita yang didakwa mengugut anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kepayan, di sini, baru-baru ini, akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.
W
anita berusia 34 tahun itu ditahan dirumahnya di salah sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.
Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.
“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.
“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan, seperti ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup kau’,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan yang lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan kini sudah meliputi 80 peratus dan suspek juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.
Sebelum ini, kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu itu mendapat perhatian ramai selepas rakaman yang memaparkan wanita terbabit berang dengan anggota polis tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang mengecam tindakan wanita terbabit dan ada juga yang mahukan pendedahan sebenar punca kejadian berkenaan. – AsiaTimes
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.
Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.
Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak memaki hamun anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Post a Comment