2 lelaki Ditahan Bersama Shotgun dan 13 Peluru

Kickbola.net Seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan membawa selaras senjatapi jenis shotgun.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





Sandakan: Dua lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas ditemui membawa selaras ‘shotgun’ dan 13 peluru penabur dalam pemeriksaan di kawasan ladang sawit, Batu 14, Jalil Alip, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 21 dan 49 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah pacuan empat roda.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kedua-dua suspek dikesan dalam operasi Op Khazanah yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Katanya, sebaik memperkenalkan diri, anggota PGA terus membuat pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi 13 peluru penabur pelbagai jenis.


“Ketika siasatan lanjut sedang dijalankan, seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan membawa selaras senjatapi jenis shotgun.

“Lelaki berkenaan terus ditahan dan pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan lesen senjatapi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Mohd Abduh berkata, kedua-dua suspek terbabit turut mengaku mengenali antara satu sama yang lain.

Picture
Senjatapi yang dirampas bertulis Browning Arms Company Morgan, Utah & Montreal P.Q, Made in Portugal Bulu FN Herstal.

“Rampasan terus dilakukan dan kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan selanjutnya.


“Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM35,000,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.