4 kaedah pengambilan sijil SPM 2020

Kickbola.netSijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020



KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah menggariskan empat kaedah pengambilan sijil dan penyata keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Datuk Dr Mistirine Radin
Pengarahnya Datuk Dr Mistirine Radin berkata, cara pertama adalah melalui kaedah pandu lalu atau drive tru secara penggiliran pada tarikh dan masa yang ditetapkan.


"Guru kelas bagi calon peperiksaan SPM 2020 dicadang membantu dalam proses pengedaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan terkandung dalam teks pemakluman pengedaran sijil dan Pernyataan Keputusan SPM tahun 2020 yang dikeluarkan oleh jabatan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi kaedah pandu lalu, sekolah boleh mempelbagaikan jenis laluan seperti laluan kereta, laluan motosikal dan laluan pejalan kaki.


Mistirine berkata, tatacara seterusnya ialah melalui temu janji, pos berdaftar dan pengedaran secara serahan tangan.

Katanya, bagi calon atau ibu bapa calon yang gagal dihubungi, pihak sekolah diminta untuk datang ke rumah calon berkenaan berdasarkan alamat dalam simpanan rekod sekolah.


"Bagi calon-calon persendirian SPM tahun 2020 pula, mereka boleh mendapatkan sijil itu daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post