913 kes baharu, Sabah rekod kes semakin tinggi!

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Kes COVID-19 di Sabah semakin meningkat tinggi dengan 913 kes baharu dicatatkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, Kota Kinabalu kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 233 kes, diikuti Penampang 101 kes, Tawau 73 kes, dan Beaufort 70 kes.

Katanya, daerah Kalabakan merekodkan sebanyak 61 kes, Tuaran (56), Putatan (44), Keningau (42), Papar (38), Kinabatangan (33), Ranau (32), Sandakan (31), Sipitang (26), dan Tenom (13).

Menurutnya, Kota Marudu merekodkan sembilan kes, Semporna dan Kudat masing-masing lapan kes, manakala Kunak, Telupid, Kota Belud, dan Tambunan masing-masing lima kes, dan Lahad Datu serta Pitas kedua-duanya empat kes.

"Daerah Tongod dan Beluran masing-masing mencatatkan dua kes dan Nabawan serta Kuala Penyu hanya satu kes, manakala satu kes yang baharu dilaporkan tidak termasuk dalam jumlah asal.

"Keningau merekodkan tiga kluster baharu iaitu Kluster Bayangan (kluster komuniti), Kluster Bariawa Laut (kluster komuniti) dan Kluster Menawo Baitah (kluster tempat kerja).

"Lebih separuh iaitu 54.8 peratus (500 kes) hari ini berpunca dari saringan kontak rapat iaitu 138 kes daripadanya dikesan di daerah Kota Kinabalu," katanya.

Masidi berkata, kluster sedia ada pula menambah 162 kes (17.8 peratus) manakala sarigan bergejala merekodkan 120 kes (13.2 peratus).

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.