Ajal gaduh kerana cemburu di Ranau

Kickbola.net MAYAT lelaki dipercayai dibunuh ditemui di kawasan semak. FOTO ihsan pembaca

Ajal gaduh kerana cemburu di Ranau

Ranau: Mayat lelaki warga asing yang dipercayai dibunuh ditemui di kawasan semak berhampiran pasar malam pekan Ranau, di sini, semalam.

K
etua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mayat terbabit ditemui orang awam sebelum dilaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Katan

ya, siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dan badan dipercayai kesan dipukul dengan objek tumpul.

"Mangsa dikenal pasti seorang warganegara Filipina berusia 30-an dan bekerja sebagai buruh kasar. Mangsa dipercayai dibunuh sekitar 11.30 pagi hingga 1 tengah hari, semalam.

"Siasatan turut mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada kejadian pergaduhan yang bermotifkan cemburu," katanya di sini, hari ini.


Simiun berkata, mengikut keterangan ahli keluarga mangsa, lelaki terbabit keluar bertemu dengan wanita dikenali suspek.

Katanya, suspek dikenal pasti sebagai warga asing dan dipercayai sudah melarikan diri selepas insiden pergaduhan berkenaan.

"Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Sehubungan itu, Simiun berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berhubung insiden ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post