Beli Pisang Tanpa Penjual Di Sabah, “Power Macam Vending Machine”

Perkongsian dari rakaman Video si Tumatik ini telah meraih lebih 3.4 juta tontonan dan 177 ribu likes!


Kebiasaannya jika di kedai atau gerai yang menjual pastinya akan ada penjual. Menjual dengan melayan pelanggan dan menerima wang adalah tugas si penjual itu tadi. Namun lain pula halnya yang berlaku di negeri Sabah ini.


Dalam perkongsian satu video yang dimuat naik di sosial media ini kelihatan seorang lelaki menunjukkan caranya membeli pisang. Di gerai kecil tersebut kelihatan dua sikat pisang digantung dan satu bekas. Dimaklumkan bekas itu adalah untuk meletakkan duit.



Jadi pelanggan yang datang untuk membeli perlu memasukkan duit di dalam bekas tersebut dan ambil pisang yang dimahukan. Cara beli pisang tanpa penjual di Sabah ini memang agak unik. Ini kerana jika di tempat lain, pisang habis dengan bekas duit sekali boleh lesap!


Berikut adalah perkongsian video cara beli pisang tanpa penjual di Sabah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @tumatik90:

@tumatik90

Kelebihan Jualan Di Sabah

♬ original sound – Tumatik – Tumatik



Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 3.4 juta tontonan dan 177 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau masuk kampung mesti nampak ni”

Beli Pisang Tanpa Penjual 3


“Sabah dengan Sarawak sumpah seronok..Bila bab2 jual2 ni xde pon yang dengki…Kalau kedai diorang dah abis jual…diorang mesti suruh beli kat kedai sebelah dia”

Beli Pisang Tanpa Penjual 2

“Power…Macam vending machine. Mantap bha ko”

Beli Pisang Tanpa Penjual 1


Post a Comment

Previous Post Next Post