Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kologon di sini semalam. |
Pacuan empat roda terbabas, pemandu tersepit maut di lokasi
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan di sini berkata kejadian berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa berumur 56 tahun itu terbabas kira-kira jam 9.13 pagi.
“Bertindak dengan panggilan, kita menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi sejauh tiga kilometer dari jarak balai.
“Sebaik tiba, pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan terbabit menggunakan peralatan kebombaan.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kologon di sini semalam. |
Menurutnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambahnya selepas memastikan lokasi kekadian selamat pihaknya menamatkan operasi pada jam 9.50 pagi kemudian.
Post a Comment