Penyelia pembinaan parah terjatuh dari tingkat 5 di Cybercity

Picture
Pasukan EMRS memberi bantuan kecemasan kepada mangsa setelah jatuh dari bangunan tingkat 5 ke tingkat 4 di Cybercity di Penampang.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.


PENAMPANG: Warganegara China, yang dipercayai penyelia pembinaan, patah tulang rusuknya setelah terjatuh dari sebuah bangunan di tapak pembinaan di Cybercity di sini pada Sabtu pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa dikatakan terjatuh kira-kira jam 10.30 pagi di tapak pembinaan terbabit.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan dan disahkan mengalami patah tulang rusuk bagaimanapun disahkan berada dalam keadaan stabil.



“Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Pemyelamat (JBPM) Sabah berkata pihaknya menggerakkan 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang termasuk anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.


“Pasukan bomba kemudiannya memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terjatuh dari tingkat 5 sebelum tersangkut di tingkat empat bangunan berkenaan dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.