Remaja berlumba haram maut, positif Covid 19

Kickbola.net Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau dekat sini, petang semalam.



TAWAU - Dua remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti lumba haram di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, maut selepas bertembung sesama sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Rendy Salombe, 15, dan Mohamad Ekhsan, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang tidak memiliki lesen itu dipercayai menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Keadaan kedua-dua motosikal remuk selepas bertembung dalam kejadian kemalangan di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau.


"Ketika kejadian, kedua-dua penunggang disyaki terbabit dalam satu aktiviti lumba haram di landasan lapangan terbang berkenaan.

"Sehubungan itu, polis sedang mengesan pemilik sebenar motosikal yang terbabit berikutan alamat pemilik berdaftar adalah di daerah Semporna,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Katanya, hasil ujian saringan Covid-19 juga mengesahkan salah seorang daripada mangsa didapati positif Covid-19.

Asisten Komisioner Peter Umbuas

Ketua Polis Daerah Tawau


"Sampel darah kedua-dua mangsa sudah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.