Ketua, Menteri Datuk Hajiji Noor. |
KENINGAU - Sabah berada dalam landasan yang terbaik untuk mencapai sasaran 60 peratus penduduk divaksin menjelang Oktober ini, kata Ketua, Menteri Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata, ini dapat dilihat berdasarkan angka Program Vaksinasi Jangkauan Luar, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dengan jumlah dos suntikan melebihi sasaran 30,000 dos sehari selama empat hari berturut-turut sejak 21 Julai.
Menurut beliau, pada 21 Julai lepas, sejumlah 31,375 dos suntikan vaksin pertama dan kedua telah diberikan kepada penduduk Sabah diikuti 32,293 dos pada 22 Julai, 23 Julai (35,749 dos) dan 24 Julai (32,504).
“Dengan ketibaan vaksin dos tunggal CanSino yang dijangka bulan depan, Sabah kini berada dalam rangka untuk mencapai sasaran itu,” menurutnya dalam kenyataan selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di sini pada Selasa.
Hajiji berkata, selain itu, pembukaan PPV integrasi pertama Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada Rabu akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut.
Hajiji Noor menerima kunjungan hormat MATTA yang diketuai oleh KL Tan (dua kanan) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). |
Beliau berkata, Sabah akan menerima sejuta dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan 1.8 juta dos vaksin jenis CanSino menjelang bulan depan.
Hajiji sebelum ini dilapor sebagai berkata Sabah berharap dapat mencapai imuniti kelompok 80 peratus penduduk menerima vaksin Covid-19 menjelang akhir 2021 bagi mengekang penularan pandemik itu di negeri tersebut.
Post a Comment