Tolong jangan sakit, katil tidak cukup

Tolong jangan sakit, katil tidak cukup

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





Siapa yang tidak mahu pulang ke kampung, peluk ibu bapa setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

Siapa yang akan menolak jika diberi kebenaran merentas negeri untuk melancong, bercuti di pulau peranginan atau tempat-tempat menarik dalam negara. Ibarat mahu melompat ke bintang jika dapat dilakukan.

Bagi yang terputus sumber pendapatan, sudah pasti mereka juga mahu mencari pekerjaan demi sesuap nasi.

Penulis pasti sejak tahun lalu ramai yang telah memasang angan-angan, sama ada untuk bercuti, berniaga mahu pun mencari peluang pekerjaan lain.

Namun semuanya ‘berkubur’ disebabkan kes Covid-19 yang turun naik tanpa menunjukkan akan kembali surut. Ingatkan 2021 bolehlah melunaskan segala hajat yang tertangguh, namun kelam jua nampaknya.

Ketika ini pasti ramai yang tertunggu pula pengumuman kerajaan berhubung kelonggaran yang akan diberikan kepada mereka yang telah mendapat dua dos vaksin.

Namun jika diberi kebenaran adakah anda pasti untuk keluar rumah di saat kes yang makin tinggi. Tolonglah kita bersatu hati lagi.

Pada 25 Julai 2020, negara mencatatkan 23 kes positif tetapi pada tarikh sama tahun ini, sebanyak 17,045 individu positif direkodkan. Sungguh tidak terjangkau dek akal jumlah positif setelah berbulan-bulan duduk rumah dan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP).

Melihat angka terkini, penulis turut bersama rakyat lain yang sebal atau kata lainnya, marah dan kecewa yang amat sangat selain mengalami ketakutan yang melampau.

Ya, takut untuk keluar, takut untuk bercakap dengan orang kerana menganggap semua yang kita jumpa ‘positif Covid-19’. Ketakutan itu ada kalanya bagus, supaya rakyat lebih berhati-hati. Tidak culas langgar SOP.

Angka makin tinggi, namun apalah daya kita. Jika rakyat merasa penat, apatah lagi frontliner. Di saat kita tidur, mereka bersengkang mata menjaga begitu ramai pesakit Covid-19.

Pertambahan banyak hospital Full Covid-19, ruang hospital digunakan untuk merawat pesakit selain pelarasan pesakit lain ke hospital swasta, seakan memberi gambaran situasi sebenar koronavirus di negara ini.

Pada 8 Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, petugas barisan hadapan (perubatan dan kesihatan) mengalami gejala burnout kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes Covid-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.

Sungguh, jika mereka tumbang, bagaimana kita agaknya?

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya. Dr. Yahya Mat Arip berkata, angka keseluruhan kes Covid-19 yang sudah melebihi sejuta itu menunjukkan bahawa negara kini dalam keadaan getir.

Menurutnya, ia juga menandakan bahawa jangkitan Covid-19 kini sangat meluas dan sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti.

Melihat situasi sekarang, jujur masih panjang lagi perjalanan kita untuk melihat jumlah Covid-19 negara kembali kepada dua angka. Namun ia tidak mustahil, bersatu hatilah moga kita boleh bercuti bersama nanti.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post