2,834 kes baharu di Sabah hari ini; kluster baharu di Nabawan, Kinabatangan

Masidi: Sebanyak 1,414,020 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan CanSino juga telahpun diterima bulan ini.



KOTA KINABALU: Kes harian di Sabah masih tinggi walaupun jumlah kes menurun dibawah paras 3,000, kepada 2,834 kes hari ini (daripada 3010 kelmarin).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata secara keseluruhan jumlah kes daripada saringan bergejala hari ini ialah 27.5% (778 kes), sementara saringan kontak rapat menyumbang 61.8% (1,751) dan kes daripada kluster cuma 51 orang.

Katanya, daripada 2,834 kes hari ini, 2,544 adalah warganegara dan 290 adalah warga asing. Kes hari ini juga termasuk 21 orang kena tahan (OKT)/tahanan.

“Daripada 2,834 kes baharu hari ini, 44.1% (1,249) adalah kes lewat daftar antara 2-3 hari, 7.6% (215 kes) antara 4-5 hari dan 11.3% (319) adalah kes-kes yang didaftar lewat melebihi 5 hari,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Seramai 760 pesakit adalah dalam kategori satu, 1,993 dalam kategori dua, 13 orang dalam kategori tiga, 9 orang dalam kategori empat dan 8 orang dalam kategori lima. 51 kes lagi masih dalam siasatan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun
Beliau turut memaklumkan bagi bulan ini (Ogos), sebanyak 1,414,020 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan CanSino telahpun diterima, termasuk 515,150 dos yang sampai sepanjang minggu ini.

“Sejumlah 99,400 dos Pfizer lagi akan sampai dari Kuching dalam 2-3 hari ini,” katanya. - WO

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 603 (617)
Penampang 396 (390)
Sandakan 271 (284)
Kinabatangan 80 (51)
Tawau 174 (219)
Papar 223 (198)
Tuaran 181 (175)
Keningau 108 (98)
Lahad Datu 105 (146)
Telupid 53 (74)
Putatan 88 (135)
Beluran 7 (34)
Kalabakan 22 (22)
Kota Belud 82 (96)
Kota Marudu 88 (65)
Kudat 25 (45)
Tongod 11 (43)
Beaufort 32 (59)
Tenom 63 (31)
Ranau 41 (60)
Nabawan 33 (49)
Pitas 74 (37)
Kunak 28 (15)
Tambunan 12 (20)
Sipitang 23 (45)
Semporna 9 (10)
Kuala Penyu 1 (8)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 27/08)


Kluster Baharu:

Kluster Lima, Nabawan
62(+4)
*Kluster Komuniti, Majlis Kahwin *
Kluster Pin Supu, Kinabatangan 35 (+32)
*Kluster Tempat Kerja *

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.