Animasi Cerita Rakyat KV Keningau Terima Pengiktirafan Di Itali

Kisah animasi ini mengisahkan 3 kisah yang berkisar tentang makhluk mitos yang tinggal di pulau Borneo bersama dengan manusia. Makhluk ini dulu sangat mempengaruhi cara orang menjalani kehidupan mereka pada masa lalu.



KENINGAU: Pasukan pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau yang terdiri dari empat pelajar berumur 17 tahun telah menyertai pertandingan seni “Sopravista Olympic Art Games” yang dijalankan di dalam talian yang berpusat di Itali pada 11 hingga 16 Ogos 2021.

Persembahan animasi cerita rakyat mereka yang bertajuk “Borneo Animated Tales: Galap, Timbalan & Sumanga” telah dianugerahkan dengan diploma kelas pertama oleh penganjur European Association of Folklore Festivals (EAFF).

KV Keningau telah diwakili oleh Quezen Ansap, Nur Aini Binti Warni, Mohd Firdaus Kasiman dan Izzavell Lurinsius dan pengarah kreatif mereka merupakan alumnai kolej tersebut iaitu Roziwell

Rusilin. Video animasi tersebut boleh diakses melalui pautan YouTube:https://www.youtube.com/watch?v=IYKzwhp54O8

Video animasi cerita rakyat yang dipertandingan oleh pasukan pelajar ini mengisahkan tiga hikayat dahulukala. Setiap cerita mempertengahkan watak makhluk mitos yang memainkan peranan tertentu di kalangan komuniti tempatan berdasarkan kepercayaan kuno.



“Galap” ialah cerita yang menghurai persengketaan antara manusia dan makhluk ajaib yang tinggal dalam air iaitu “Galap” yang digeruni oleh masyarakat kerana ianya sering menghantui kawasan sungai.

Cerita kedua bertajuk “Sumanga” yang merupakan semangat penjaga perahu yang mampu membawa tuah dan memberi perlindungan kepada nelayan dan pelayar.

Manakala cerita ketiga “Timbalun” adalah kisah pengajaran dimana Timbalun yang dipercayai sebagai makhluk yang membawa penyakit memainkan peranan penting dalam cerita itu.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji usaha pelajar-pelajar tersebut kerana projek seni yang mereka hasilkan mampu membantu memelihara warisan budaya dan membantu mereka meningkatkan kemahiran bahasa mereka.

Dia berharap agar usaha sebegini dapat dikekalkan untuk memupuk minat generasi muda dalam bidang seni dan budaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post